Pengenalan kepada RS-232
(Recommendation Stardard)
RS-232 merupakan piawai antaramuka yang diperkenalkan oleh EIA. RS
adalah singkatan dari perkataan "Recommendation Stardard". Ia dicadangkan untuk
menghubungkan di antara komputer dan modem. Pembuat atau pengeluar komputer dan pengeluar
modem tidak bergantung di antara satu sama lain dengan adanya RS232. Mereka akan
menyediakan "port" atau penyambung atau antaramuka yang sesuai dengan piawai
RS-232 masing-masing dan penyambungan kedua-dua alat ini akan dapat dilakukan. Maka tanpa
mengira jenis atau jenama komputer dan modem, mereka akan dapat disambungkan.
RS-232 Signal
RS-232 adalah satu nama bagi standard antaramuka yang digunakan untuk
menyambungkan komputer dengan modem.
Berikut merupakan penerangan tentang fungsi pin-pin bagi antaramuka
RS-232 yang menggunakan penyambung DB25 dan DB9:
1. Signal Ground Pin 7 (DB25), Pin 5 (DB9)
Talian SG digunakan sebagai common signal ground, dan perlu
disambungkan pada setiap masa.
2. Transmit Data Pin 2 (DB25), Pin 3 (DB9)
Talian TX digunakan sebagai
penghantar data dari komputer ke seraial device.
3. Receive Data Pin 3 (DB25), Pin 2 (DB9)
Talian RX digunakan sebagai
penghantar data dari serial device ke komputer.
4. Data Terminal Ready Pin 20 (DB25), Pin 4 (DB9)
Talian DTR digunakan oleh komputer memberi isyarat kepada serial
device bahawa ia telah bersedia. DTR perlu disetkan pada paras tinggi semasa berkomunikasi
dengan modem.
5. Data Set Ready Pin 6 (DB25), Pin 6 (DB9)
Talian DSR digunakan oleh serial device untuk memberi isyarat
kepada komputer bahawa ia telah bersedia untuk berkomunikasi.
6. Request to Send Pin 4 (DB25), Pin 7 (DB9)
Talian RTS dikeluarkan oleh komputer untuk memohon kebenaran
menghantar data.
Dupleks penuh isyarat ini dikeluarkan secara terus.
Dupleks separuh isyarat dikeluarkan hanya apabila ada data untuk dihantar.
RTS dikawal oleh komputer dan dibaca oleh modem.
7. Clear to Send Pin 5 (DB25), Pin 8 (DB9)
Talian CTS digunakan untuk mengeluarkan jawapan kepada isyarat RTS
bila modem sedia untuk menerima data. CTS dikawal oleh modem dan dibaca oleh komputer.
8. Data Carrier Detect Pin 8 (DB25), Pin 1 (DB9)
Talian DCD digunakan oleh modem untuk memberitahu komputer supaya
bersedia untuk menerima data pada bila-bila masa.
9. Ring Indicator Pin 22 (DB25), Pin 9 (DB9)
Modem mengeluarkan isyarat kepada Talian RI untuk memberitahu
komputer bahawa ada pihak luar yang hendak berkomunikasi.
UART
Jantung bagi komunikasi bersiri adalah "Universal Asynchronous
Receiver Transmitter", atau singkatannya UART. UART berperanan untuk mengawal RS-232
port dalam komputer.
Tujuan Utama UART adalah :
Untuk menukarkan bait dari CPU (Unit Pemproses Pusat) kepada format
bersiri dengan menambah pemulaan, penamat dan bit pariti kepadanya sebelum penghantaran
dan kemudiannya menghantarkan setiap bit pada kadar baud yang betul. Biasanya bit pertama
adalah bit permulaan, diikuti dengan 5 hingga 8 bit data, diikuti dengan bit pariti,
diikuti dengan bit penamat.
Untuk menukarkan data bersiri dari pihak penghantar (pada kadar baud
yang ditetapkan) dari bit kepada bait dengan mengeluarkan semua bit permulaan, penamat dan
pariti sebelum dapat digunakan oleh CPU.
UART berkebolehan beroperasi dalam dua mod iaitu polled
dan interrupt driven. Dalam fungsi komunikasi bersiri terdapat dalam BIOS
menggunakan cara polled. Dalam konsep ini, biasanya CPU adalah dalam satu
gelung minta UART supaya menghantar data dalam bait sekiranya telah bersedia. Jika
bersedia, pemilih kod akan memulangkan bait. Tetapi sekiranya bait seterusnya datang
sebelum pemilih kod beroperasi semula maka bait tersebut hilang.
Dalam interrupt driven, semasa UART menerima satu bait,
satu arah Interrupt Service Routine(ISR) akan dilaksanakan serta-merta dan
menghentikan semua operasi lain buat seketika. ISR akan menggerakkan bait tersebut ke
dalam penimbal. Dengan ini aplikasi program dapat membacanya kemudian.
|